Banyakan Share

Isnin, 10 Ogos 2020

CHOOSE YOUR FUTURE

 Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, langit, luar dan alam, teks yang berkata 'BEST FAILURE SUCCESS'

Melangkah di bebatuan,
Tergores kerikil tajam tak bertuan,
Membekas luka di kaki tak terobati,
Tak ada pilihan selain terus melangkah,
Walau Sungguh sulit untuk dimengerti..
Mendaki bukit terjal,
Dengan tepian bergerigi kasar,
Tergelincir karena emosi,
Hadirkan kekosongan didalam hati..
Bingung mau berbuat apa,
Tak ada idea ataupun inovasi,
Semua serasa gelap dan sempit,
Suara hati kian meronta-ronta,
Memompa untuk terus melangkah,
Walau berat untuk dijalani..
Keingingan untuk bertahan,
Terus berkobar penuh semangat,
Jalani saja hari demi hari,
Biarkan sang waktu berikan hasil,
Dikemudian hari..
Tuhan tidak pernah ingkar janji,
Rezeki pasti datang tak tertukar,
Bagi mereka yang mencari,
Bukan untuk mereka yang berdiam diri..

Khamis, 30 Julai 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDIL AIDHA 1441H

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'GMİ GERMAN - AYSIAN INSTITUTE SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1441H 1441H ADHA'

Lembu dan Kambing sedang menanti, Untuk dikorbankan sekejap lagi, Sucikan diri ikhlaskan hati,Semoga korban diterima ilahi.

Bulan Zulhijjah Bulan Mulia, Di Sambut Dengan Hati Gembira,10 Zulhijah Kini Menjelma,Ucapan Di kirim Maaf Di Pinta,

Cari cacing di bawah titi, Buat umpan pergi mengail,Ibadah korban kita hayati, Lambang pengorbanan Ibrahim & Ismail

Indah langit kerana awan,Indah laut kerana kebiruan,Indah Aidilfitri kerana kemaafan, Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Mentari jingga awan berarak,Bulan tiba bersilih mentari,Ibadah korban kita semarak, Moga diterima Rabbul Izzati.

Berhati-hati Dijalan Raya,Biar Lambat Asalkan Selamat;Selamat Hari Raya Aidiladha,Kepada Semua Muslimin dan Muslimat.

Tua, muda miskin dan kaya, Menyambut gembira Aidiladha,Covid-19 masih lagi ada,Hendaklah kita sentiasa berwaspada.

Jika hendak pergi beraya, Pakai Mask jangan dilupa, Ingatlah pesanan Abah kita, Moga covid-19 berakhir segera.

Tibalah kita dimusim perayaan,Ada yang pulang ke kampung halaman, Sekiranya kita melakukan korban, Penjarakan sosial jangan diabaikan

Anak bulan sudah kelihatan, Bulan Zulhijjah menjelma lagi, Frontliner negara tidak dilupakan, Pengorbanan mereka banyak sekali.

Selamat Hari Raya Aidil Adha Ikhlas dari Izzan

Sabtu, 25 Julai 2020

Dunia Selalu Terlepas Pandang Akhirat



        Untuk satu sebab mengapa Dunia selalu terlalu kejarkan duit namun hasilnya selalu mendatangkan keburukan pada diri sendiri. Justeru, kelalaian dalam harta mampu mengubah lekanya kita pada duniawi iaitu baik dan buruknya. Hal ini jelas seperti dalam firman Allah Swt dalam surah Al-Jumaah ayat 10 yang bermaksud, “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati dari limpahan kurniaan Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.”
           Jelas Sekali jika kita sombong dengan kurniaan Allah maka diri kita juga akan dipandang hina oleh asbab rezekiNya. Apa yang menarik saya kongsikan adalah, salah satu sebabnya adalah tuntutan zakat. Ini adalah salah satu video untuk tontonan semua. In Shaa Allah,membawa keberkan. Berikan komen anda mengenai Video ini dan Bagaimana untuk atasi masalah ini kepada Rakyat Malaysia?

Kejayaan Terletak Pada Diri Kita.


Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'TONE wow KITA AKAN BELAJAR BANYAK DARI KEGAGALAN BUKAN DARI KEMENANGAN Izzan85'

Orang berjaya mereka sempurna? Tiada yang sempurna. Sedangkan dalam kehidupan harian pun sering saja kita melakukan kesilapan. Itulah lumrah, kita hanya manusia biasa. Begitu juga dalam bisnes, tiada yang sempurna. Orang yang berjaya bukan bermaksud mereka tak pernah buat silap, tetapi mereka belajar dan perbaiki silap. Kita berniaga hari ini, pasti kita akan lalui banyak gagal. Kita sendiri tentukan, sama ada terus belajar dan perbaikinya atau berputus asa.